Pajak Gadai Emas, Harga Yang Berpatutuan & Faedah Yang Rendah.



KAMI pemegang pajak gadai yang berlesen (No. Lesen: GL2584/13/01-1/280226) di Matang Jaya, Kuching Sarawak. Perniagaan kami bermula pada awal April, tahun 2024. Organisasi kami terdiri daripada lima individu iaitu pengarah, setiausaha, pengurus, serta pentadbir yang berkenaan. Permit atau perlesenan perniagaan kami termasuk yang dari pihak KPKT, pihak Majlis Padawan, pihak Bomba Sarawak, pihak LHDN, pihak Balai Polis Bukit Aman, dan juga dilindungi oleh insurance Lonpac.


TUJUAN perniagaan kami ialah menyediakan perkhidmatan pajak gadai kepada orang ramai, yang terutama sekali pelanggan-pelanggan yang dari sekitar Kuching, Sarawak. Kami menerima barangan jenis emas sahaja seperti rantai emas, cincin emas, gelang emas & sebagainya. Mutu emas diantara karat 20 Karat - 24 Karat, atau lebih dikenali emas 835 - 999. Bagi emas yang rosak atau putus kami juga dapat menerima bagi tujuan pajak gadai. Harga emas mengikuti harga pasaran dan harga diperbaharui pada setiap hari.

Pelanggan cuma perlu membawa barang emas dan Kad Pengenalan semasa hendak buat pajak gadai di kedai kami. Kami akan timbangkan barang emas, buat pemeriksaan yang diperlukan keatas barang emas, dan lepas itu kami akan memberikan harga pajak gadai yang berpatutan dan faedah bulanan yang akan dikenakan kepada pelanggan. Jika pelanggan bersetuju dengan harga yang tersebut, maka kami akan seterusnya membuat pendaftaran bagi pelanggan, dan menyediakan sijil rasmi pajak gadai. Yang terakhir sekali, kami akan serahkan wang yang berkenaan kepada pelanggan dan beritahu cara untuk membuat pembayaran atau cara penebusan.

Barang emas pelanggan kami akan simpankan dalam Safety Box yang disediakan, dan dalam premis kami juga dilengkapkan dengan CCTV dan sistem alarm yang beroperasi secara 24 jam.

























Waktu operasi kami dari jam 8:30AM sehingga 5:30PM (Isnin - Jumaat), jam 8:30AM sehingga 2:00PM (Sabtu), Ahad atau Hari Cuti Umum kami tidak beroperasi.

Bagi sesiapa yang hendak tahu atau tanya soalan yang lain, sila hubungi kami di talian tetap 082-449118 atau kunjungi kedai kami di The Hub Commercial Center, Batu 4 Jalan Matang (bersebelahan dengan Jared Electrical dan MAYBANK Matang).

Ulasan